15hb January 2011.Pakat dengan sister in law utk sambut birthday anak2 kami sekali di Cafe O lala.(milik birasku) Lokasi Cafe ni di Tapak Kolam memancing, Ijok.Tempatnya agak hapening jugak la ala2 resort gitu.Siap ada karaoke dan taman mainan kanak2 sekali.
Agak teruja jugak la nak menyediakan persiapan nya.bercadang nak jahit gift bag, decorative cone hat, banner,birthday girl dress.Tunggu nanti ye.Diharap sempat menjahit semua persiapan tu.Saya suka kalau party tu berkonsepkan warna hitam dan pink.Ala2 princess.Biasa la birthday girl obsess dengan princess.
my sweet little girl NURIZZANA- 13 Jan
Sister NURIZZANI - 20 Jan
Daddy - 16 Jan
Qisya 12 Jan
SEBIJI KEK UTK SEMUA
Friday, December 31, 2010
Selamat datang 2011
Diam tak diam dah habis tahun 2010 ni.Rasa macam baru lagi pegi tengok bunga api tahun baru kt Dataran Shah Alam.Tahun ni aku memang tak nak berazam apa-apa.Sebab nya aku nak buat apa yang aku suka tanpa rasa terikat dengan apa2 azam.Just nak enjoy sisa hidup ini seadanya.Rasanya setakat ni aku dah tak ada apa2 lagi untuk dicapai.Semuanya dah ada.(walau pun bukannya millioner)
Selamat datang 2011 dan selamat tinggal 2010.JUST DO IT (tapi jangan tiru macam saya)
Selamat datang 2011 dan selamat tinggal 2010.JUST DO IT (tapi jangan tiru macam saya)
Wednesday, December 29, 2010
LOST WORLD OF TAMBUN (lari tajuk sikit)
24th dec 2010 kitorg pegi bersantai-santai di Lost World of Tambun.Mandi-manda sikit.seronok jugak la walau pun ada kejadian yg tak diingini berlaku.Al kisah nya cermin keta kena pecah dan laptop kesayangan ku jadi mangsa curi.Tapi nak buat mcm mana aku jugak yang cuai.(Sapa suruh tinggal laptop dlm keta) ulang skrip hubby ku.
Walau camna pun anak-anak ku tetap enjoy.
Walau camna pun anak-anak ku tetap enjoy.
selepas bersuka-ria mandi manda inilah hadiah nya.....dah x de rezeki nak buat macamana.Walau macamna pun terima kasih jugak la pada penyamun tu sebab dia dah pulang kan broadband,gambar kelas anak aku dan yang paling penting buku cek kosong yang dah siap bersign.Kalu x papa kedana la kitorang jawab nya
lost world of tambun...jangan sesekali tinggal barang berharga dalam kereta anda.
peta harta karun kot
my family
shower time
standard la kolam untuk budak2
mandi manda
3 dara pingitan
Wednesday, December 22, 2010
Tuesday, December 21, 2010
Wednesday, December 15, 2010
MINGGU BUSY
Baru saja dapat tempahan jahit baju uniform untuk sekolah tadika.Nampaknya kena la cepat2 siapkan tempahan bag sekolah dan pencil box ni.Sebenarnya customer ni dah tempah dengan tailor yg dah biasa dengan dia.tapi ditakdirkan orang tu kena serangan jantung pulak.Terpaksa la dia tolak.So masa untuk menjahitnya memang agak padat.Tak boleh lenggang2 kangkung.Baju sekolah anak2 sendiri pn belum jahit lagi.Memang bulan Disember adalah bulan yang agak sibuk bagiku.Harap2 aku dianugerah kesihatan yang baik kali ni.kalu tak alamatnya x ada baju seragam la sekolah tu.
Monday, December 13, 2010
My art work
Inilah hasil art work ku untuk minggu ni.Tak banyak dapat dihasilkan sebab kesihatan tak berapa mengizinkan.Bila tak sihat mood menjahit pun x nak datang.Harap minggu ni lebih baik lagi.
PENCIL CASE - RM 10
This item sold to Darwina sofea
This item sold to Deena maisarah
Pencil box for sale- yg ni dh sold
Semua pencil box bersaiz besar dan lebar.Boleh memuatkan banyak barang termasuk calculator dan hanphone.
Terima kasih diucapkan kepada customer.
This item sold to Deena maisarah
sold sold sold
Pencil box for sale- yg ni dh sold
Semua pencil box bersaiz besar dan lebar.Boleh memuatkan banyak barang termasuk calculator dan hanphone.
Terima kasih diucapkan kepada customer.
HANDBAG - not for sale
Ni adalah percubaan pertama buat handbag.kain ni sebenarnya dah lama ku potong.tapi x jahit2 lagi.So semalam aku cuba sedaya upaya untuk menyiapkan.Bila dah siap sayang pulak nak jual.Pakai sendiri je la.Aku pun belum ada lagi koleksi beg yang macam ni.
My own BOOK COVER
OUTER
INSIDE
Sebenarnya book cover ni dibuat dari lebihan beg tote yang tak sempat di siapkan.So aku tukar kegunaan nya jadi book cover.Kalau anda perasan cuba lihat kembali beg tote dalam post yang lepas.sama kan?Book cover ni tak dijual sebab aku nak buat cover untuk note book aku sendiri.Tuan empunya pun nak bergaya jugak kan.
BOOK COVER - order fr Syamila
Book cover ni untuk kawan Izzati (my eldest one).Dah lama order.Boleh dikata kan tiap2 hari tanya dah siap ke belum,dah siap ke belum...So taddddaaaa hari ni dah siap.Acik buatkan special siap dengan book mark dan guna snap button sekali.Maka enjoy la dengan book cover yang cute ni
Friday, December 10, 2010
KELAS JAHITAN TUDUNG D.I.Y
Untuk kawan-kawan yang tinggal di kawasan Puncak Alam, Saujana Utama dan sekitar Meru.Kelas jahitan tudung akan di adakan diPuncak Alam.Harap sahabat semua dapat merebut peluang ini.Sama-samalah kita mengasah bakat sambil boleh berjimat dan bergaya dengan jahitan sendiri....
Event: KELAS JAHITAN TUDUNG
Tarikh:16 Januari 2011 - Ahad
Waktu: 10 am
Tempat : balairaya Bandar Puncak Alam (Fasa 2)
Yuran : RM 100 (termasuk barang)
Sifu: ZILAKASIM
Sifu: ZILAKASIM
sebarang perubahan waktu akan dimaklum kemudian
Wednesday, December 8, 2010
cantuman scrap - NOT FOR SALE
Ini adalah cantuman perca2 kain yg bertimbun dlm kotak.nak buang sayang pulak.So jadilah dia make up bag.Bag ni tak di jual kerana saya dah buat bekas untuk simpan snap button dan eyelet yg baru dibeli ngan zila.Barang yang ada kat dalam bag hanya diguna untuk sesi bergambar ni je.....
Monday, December 6, 2010
HANDPHONE CASE - RM 5 shj
Snap button
HP 001 - booked
- Size - 5" l x 4" w
- Outer material - heavy cotton
- Lining - heavy cotton
Handphone case ni sebenarnya telah ditempah oleh kawan-kawan anak saya.ada 5 lagi perlu disiapkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)