Sememangnya tahun arnab emas menurut ahli fengsui (dlm buletin utama hari ni) berpendapat bahawa adalah tahun yg terbaik untuk memulakan perniagaan, berpindah rumah /ofis atau dalam erti kata lain memula sesuatu yg baru.
Aku tak adalah nak percaya sangat cuma rasa lega bila ada juga golongan yg berpandangan begitu.Sempena tahun arnab emas nampak nya aku kena memulakan sesuatu yg baru iaitu melangkah setapak lagi dalam bidang bisnes iatu membuka galeri untuk kraf jahitan dan satu lagi produk untuk kesihatan dan kecantikan.Kedai baru ni akan beroperasi selepas CNY.Sekarang aku tengah sangat sibuk sedang menyediakan barang2 dan sedikit renovasi untuk kedai tersebut.
Diharap rezeki aku akan bertambah lagi berkat doa kawan2 semua yg mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ,SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.Sebenarnya itu adalah kata2 keramat dari lubuk hati kalian yg insya allah bakal menjadi kenyataan.Doakan juga semoga kejayaan ini akan sentiasa berpanjangan.
Aku juga sebenarnya sangat menagih sokongan dan doa dari kalian.Amin