Saturday, January 29, 2011

NOSTALGIA LAMA

TERJEMAHAN: early 90's

Zaiton Zakaria
T3-No. 38,
Taman Mawar 7,
81700 Pasir Gudang
Assalamualaikum Sal, Semoga dirimu sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.Maksu disini seperti biasa Alhamdulillah.Sekarang Maksu kerja dengan company lain pula.Iaitu syarikat Goko Camera di Pasir Gudang.
Gajinya hanya dua ratus sahaja.Kilang dulu empat ratus.Insyaallah lepas raya puasa mungkin kilang 
dulu akan ambil pekerja lagi.Maksu akan bekerja semula disitu.Sekarang belum nak ambil pekerja.
Sal, mak Sal cakap kalau nak balik atau tak balik tolong tulis surat pada maksu atau mak sal di Tok Lawit.
Maksu, kalau dapat balik insya allah balik beraya dirumah sal.Tok wan juga akan tinggal disana, sementara maksu kerja di johor.
Ok sekian dulu beribu maaf sebarang keterlanjuran.Assalamualaikum.

Ini adalah petikan salah satu surat dari maksu ku yang bekerja di Johor sebagai pekerja kilang.Masih ingat lagi pada awal 90an berlaku penhijrahan besar-besaran belia dari negeri Pantai Timur Ke Johor sebagai pekerja industri. Banyak kilang-kilang baru ( kebanyakan nya syarikat Jepun) di bina di Johor. Berduyun-duyun belia kampung pegi interview kat pusat pengambilan.Ramai ejen datang masuk kampung untuk cari pekerja.Bermacam2 janji diberikan kepada mereka seperti rumah percuma dan kelengkapan selesa.Nasib2 la ada yang seperti apa yg di janjikan.Tak kurang juga ada yg tersadai kelaparan kerana janji2 kosong dari ejen.kesian jugak aku tengok diorg.Nasib maksu agak baik kerana janji ejen betul.
Tapi part paling tak tahan bila tengok tang gaji.Rasa seperti syarikat2 besar tersebut diperas sewenang2nya.
Syukur alhamdulillah kerana aku rasa sekarang gaji pekerja industri sekarang paling rendah pun Rm 1200.


Surat dari FAYZA HASAN.Ketika ni dia dalam ting 4.Kemudian dia menyusul jejak aku ke UTM dalam bidang kejuruteraan elektrik.Congrate2

Ini pula dari Zul faizan Ismi bt Harun.Junior aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Tahun ni dia baru balik dari menunai Haji di Mekah.Alhamdulillah kerana dapat menjadi tetamu Allah dalam usia semuda dia.Bila la agaknya turn aku ye.Doa2kan lah semoga dapat ikut langkah dia.

Ini pun surat dari junior aku jugak.Zaihan Othman.Panggil Jai je. Dia sekarang tengah ambik PHD kat Australia.Memang hebat2 junior aku ni.Semuanya dah jadi orang berjaya sekarang.

Ini pula adalah dari sahabat sehati sejiwa aku.Sekarang dia pun tengah buat PHD kat UK.Dia memang hebat sejak bangku sekolah lagi.Aku rasa dia memang keturunan orang yang hebat.Tabik spring betul kat dia.Cekal dan tabah nak menghabiskan study,walau pun sibuk dengan anak2.Bertuah betul dapat kawan macam dia.Seluruh ahli keluarga aku begitu senang dan masih ingat kat dia sampai sekarang.



Assalamualaikum,
anakanda borang permohonan biasiswa/pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.
Ayahanda bunda dan adik2 sihat belaka.Harap anakanda berlebih lagi.Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan berkat doa ibu dan bapa dapat anakanda menyambung pelajaran ke U.T.M.Jika sampai surat ini harap balas segera.Belajar lah bersungguh2 dan jangan tinggal sembahyang dan berdoa selalu kepada allah.supaya dapat menerang pintu hati anakanda.Ayah dan bonda sentiasa berdoa.
Sambutlah salam dari adik2 di kampung.
Simpan baik2 duit jangan hilang
 Ayahanda     18.7.92

Ni pula adalah sebahagian surat dari allahyarham ayahku.Mampu translate yg rumi je.Yang jawi sori la dah tak berapa nak pandai.Memang banyak surat dari dia dulu.Tapi ada yang dah aku buang.Setiap bulan ayah memang akan kirim surat kat aku .nak tanya samada duit yang dia kirim dah sampai ke belum.Dulu dia kirim pakai wang pos.tak macam sekarang,semuanya senang.pakai cucuk je.Setiap surat dia tu penuh dengan kata nasihat dan peringatan supaya jangan tinggal solat.Emmm aku rindu la kat dia.Rindu serindu-rindunya.......

2 comments:

  1. Homaigod Sal! bergenang air mata aku baca post ko kali ni. Kau pun sahabat sehati sejiwa aku. InsyaAllah kita sama2 akn selamat dunia akhirat.

    ReplyDelete
  2. ko sememang nya sentiasa istimewa di hati aku.ha ha

    ReplyDelete