Saturday, February 5, 2011

Kejutan tahun arnab emas

Sememangnya tahun arnab emas menurut ahli fengsui (dlm buletin utama hari ni) berpendapat bahawa adalah tahun yg terbaik untuk memulakan perniagaan, berpindah rumah /ofis atau dalam erti kata lain memula sesuatu yg baru.
Aku tak adalah nak percaya sangat cuma rasa lega bila ada juga golongan yg berpandangan begitu.Sempena tahun arnab emas nampak nya aku kena memulakan sesuatu yg baru iaitu melangkah setapak lagi dalam bidang bisnes iatu membuka galeri untuk kraf jahitan dan satu lagi produk untuk kesihatan dan kecantikan.Kedai baru ni akan beroperasi selepas CNY.Sekarang aku tengah sangat sibuk sedang menyediakan barang2 dan sedikit renovasi untuk kedai tersebut.
Diharap rezeki aku akan bertambah lagi berkat doa kawan2 semua yg mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR ,SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI.Sebenarnya itu adalah kata2 keramat dari lubuk hati kalian yg insya allah bakal menjadi kenyataan.Doakan juga semoga kejayaan ini akan sentiasa berpanjangan.
Aku juga sebenarnya sangat menagih sokongan dan doa dari kalian.Amin

Saturday, January 29, 2011

Tukar Tajuk Blog

Kenapa ye aku kena tukar tajuk blog ni kepada namaku sendiri?Sebenarnya aku pun x tahu.Tapi aku lebih suka macam tu sebab ia lebih santai dan menyeluruh.Walaupun tujuan utama nya untuk mempromosi hasil kerja tangan ku.Aku rasa tajuk blog asal lebih terlalu komersial dan tipikal.macam ikut2 orang pulak .x de identiti sendiri.Lagi pun banyak entri yg nak di kongsi dengan manusia sejagat.bukan setakat bag dan baju saja.So, why not saya tukar kepada nama sendiri.Sememang nya aku sangat berbangga dengan nama ku sendiri.SALMIAHSAARI.Saari itu adalah ayah ku yg sangat dicintai.Tentu dia bangga dengan ku sebab sentiasa mendokong namanya  walau pun dah lama dia kembali ke Rahmatullah.
Diharap pada tahun baru ini blog ini akan jadi lebih meriah.Semoga banyak ilmu jahitan dan kehidupan yang dapat kita kongsi bersama-sama.

NOSTALGIA LAMA

TERJEMAHAN: early 90's

Zaiton Zakaria
T3-No. 38,
Taman Mawar 7,
81700 Pasir Gudang
Assalamualaikum Sal, Semoga dirimu sentiasa dalam keredhaan Allah s.w.t.Maksu disini seperti biasa Alhamdulillah.Sekarang Maksu kerja dengan company lain pula.Iaitu syarikat Goko Camera di Pasir Gudang.
Gajinya hanya dua ratus sahaja.Kilang dulu empat ratus.Insyaallah lepas raya puasa mungkin kilang 
dulu akan ambil pekerja lagi.Maksu akan bekerja semula disitu.Sekarang belum nak ambil pekerja.
Sal, mak Sal cakap kalau nak balik atau tak balik tolong tulis surat pada maksu atau mak sal di Tok Lawit.
Maksu, kalau dapat balik insya allah balik beraya dirumah sal.Tok wan juga akan tinggal disana, sementara maksu kerja di johor.
Ok sekian dulu beribu maaf sebarang keterlanjuran.Assalamualaikum.

Ini adalah petikan salah satu surat dari maksu ku yang bekerja di Johor sebagai pekerja kilang.Masih ingat lagi pada awal 90an berlaku penhijrahan besar-besaran belia dari negeri Pantai Timur Ke Johor sebagai pekerja industri. Banyak kilang-kilang baru ( kebanyakan nya syarikat Jepun) di bina di Johor. Berduyun-duyun belia kampung pegi interview kat pusat pengambilan.Ramai ejen datang masuk kampung untuk cari pekerja.Bermacam2 janji diberikan kepada mereka seperti rumah percuma dan kelengkapan selesa.Nasib2 la ada yang seperti apa yg di janjikan.Tak kurang juga ada yg tersadai kelaparan kerana janji2 kosong dari ejen.kesian jugak aku tengok diorg.Nasib maksu agak baik kerana janji ejen betul.
Tapi part paling tak tahan bila tengok tang gaji.Rasa seperti syarikat2 besar tersebut diperas sewenang2nya.
Syukur alhamdulillah kerana aku rasa sekarang gaji pekerja industri sekarang paling rendah pun Rm 1200.


Surat dari FAYZA HASAN.Ketika ni dia dalam ting 4.Kemudian dia menyusul jejak aku ke UTM dalam bidang kejuruteraan elektrik.Congrate2

Ini pula dari Zul faizan Ismi bt Harun.Junior aku dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.Tahun ni dia baru balik dari menunai Haji di Mekah.Alhamdulillah kerana dapat menjadi tetamu Allah dalam usia semuda dia.Bila la agaknya turn aku ye.Doa2kan lah semoga dapat ikut langkah dia.

Ini pun surat dari junior aku jugak.Zaihan Othman.Panggil Jai je. Dia sekarang tengah ambik PHD kat Australia.Memang hebat2 junior aku ni.Semuanya dah jadi orang berjaya sekarang.

Ini pula adalah dari sahabat sehati sejiwa aku.Sekarang dia pun tengah buat PHD kat UK.Dia memang hebat sejak bangku sekolah lagi.Aku rasa dia memang keturunan orang yang hebat.Tabik spring betul kat dia.Cekal dan tabah nak menghabiskan study,walau pun sibuk dengan anak2.Bertuah betul dapat kawan macam dia.Seluruh ahli keluarga aku begitu senang dan masih ingat kat dia sampai sekarang.



Assalamualaikum,
anakanda borang permohonan biasiswa/pinjaman Sultan Ismail Nasiruddin Shah Terengganu.
Ayahanda bunda dan adik2 sihat belaka.Harap anakanda berlebih lagi.Alhamdulillah bersyukur kepada Allah dengan berkat doa ibu dan bapa dapat anakanda menyambung pelajaran ke U.T.M.Jika sampai surat ini harap balas segera.Belajar lah bersungguh2 dan jangan tinggal sembahyang dan berdoa selalu kepada allah.supaya dapat menerang pintu hati anakanda.Ayah dan bonda sentiasa berdoa.
Sambutlah salam dari adik2 di kampung.
Simpan baik2 duit jangan hilang
 Ayahanda     18.7.92

Ni pula adalah sebahagian surat dari allahyarham ayahku.Mampu translate yg rumi je.Yang jawi sori la dah tak berapa nak pandai.Memang banyak surat dari dia dulu.Tapi ada yang dah aku buang.Setiap bulan ayah memang akan kirim surat kat aku .nak tanya samada duit yang dia kirim dah sampai ke belum.Dulu dia kirim pakai wang pos.tak macam sekarang,semuanya senang.pakai cucuk je.Setiap surat dia tu penuh dengan kata nasihat dan peringatan supaya jangan tinggal solat.Emmm aku rindu la kat dia.Rindu serindu-rindunya.......

Friday, January 7, 2011

UNIFORM TADIKA AL - FALAH

 uniform pelajar perempuan

 uniform pelajar lelaki


3 jan 2011 bersiap utk ke sekolah
 Tahun ni aku diberi kepercayaan untuk menjahit uniform tadika Al-Falah Puncak Alam..Taadaaa ini lah hasilnya.

pencil box in the making

2 kepingan luar berukuran 9" x 12" setiap satu
 sheets luar yg sudah siap dicantum dan dihias

 sheets of lining

 pandangan dari depan

pandangan dari belakang

Monday, January 3, 2011

TAHUN BARU BAJU BARU

alhamdulillah akhirnya semua anak2 dah masuk sekolah.Alkisah nya semua baju diorg aku siapkan malam tadi sampai tak tidur.masing2 dah suspen takut tak dapat pakai baju baru kesekolah.Walau camana pn alhamdulillah semua dah settle.dapat la masing2 pakai baju baru.Dari darjah 6 sampai la yg tadika.FYI seragam tadika pun aku yg jahitkan.(tadika tu tempah ngan aku)bangga sungguh bile tengok anak2 jiran dan anakku melaram dengan hasil tangan ku.Walau pun sebesar mana jasa ku tapi aku tetap bangga.Ada yg aku hanya jahitkan lencana dan ada jugak kecik kan tudung.pendekan lengan baju dan lain2 lagi.Pendek kata malam tadi riuh jugak la rumah aku ni budak2 bawak baju sekolah utk final touch up.
UNTUK ANAK2 SEMUA SELAMAT MAJU JAYA DAN MELARAM DENGAN BEG DAN BAJU JAHITAN CIK SAL YE.TAHUN DEPAN JANGAN LUPA TEMPAH LAGI

Saturday, January 1, 2011

LOKASI DOUBLE TROUBLE BIRTHDAY CELEBRATION


   


  
Sign board dari luar

Pintu ketibaan

Kalau nak privacy sikit boleh la duduk sini.Tapi ingat ye boleh pandang2 jangan pegang2


Nice view


Sambil makan sambil menikmati pandangan yg indah.Kalau malam x nampak sangat la

Ruang makan yg luas dan selesa.

Kalau anak kita dah boring makan x de dia melilau kt dalam je.boleh main2 kt taman ni.Macam Mc D gak kan.Cuma dia outdoor dan x de aircond je

Surau yang amat selesa.Mana2 guest yg terdatang awal tu boleh la solat kt sini

stage untuk customer karaoke.Sesuai untuk potong kek.
Belakang tu boleh la bagi backdrop HAPPY BIRTHDAY dan ballon

CANTIK KAN TEMPAT NI.TAK BAYANG BILA DAH DIHIAS DENGAN BIRTHDAY DECORATION NANTI.
VENUE: Danau Pancing Damai,
              Jalan Robinson, Kg Ijok,
              Kuala Selangor